Data pelanggan Lion Air bocor

JAKARTA, 20 SEPT – Pihak berkuasa telah mendedahkan bahawa data pelanggan Lion Air bocor, Menteri Perhubungan Indonesia berkata hari ini, dalam satu lagi penggodaman yang dilaporkan telah menjejakan berjuta-juta pelanggannya.

Dua daripada rangkaiannya yang berpangkalan di Malaysia iaitu Malindo Air dan Thai Lion Air, mengakui data pelanggannya mungkin telah dicuri daripada kawalan server yang dijalankan oleh Amazon.

“Thai Lion Air kini berdepan kebimbangan terhadap sebahagian daripada data pelanggan telah digodam, ia berkata dalam satu kenyataan.

Lion Air, syarikat penerbangan terbesar di Asia Tenggara, berkata ia sedang bekerjasama dengan Indonesia dan Malaysia untuk menyiasat isu tersebut, yang mana turut menjejaskan unit lain seperti Batik Air dan Wings Air.

Data tersebut mendedahkan nama, tarikh lahir, alamat, nombor telefon dan butiran hampir 35 juta pelanggan, The Jakarta Post melaporkan, memetik sumber sebagai berkata. – AFP