DataKITA MDEC memperkasa ekonomi digital

KUALA LUMPUR, 30 SEPT – Kemajuan pantas dalam pengadaptasian digital telah menjadi kejutan kepada komuniti perniagaan dengan data kini menjadi komoditi berharga yang membuka banyak peluang berikutan munculnya pengkomputeran awan, kecerdasan buatan (AI) dan mesin pembelajaran.

Menurut laporan International Data Corporation (IDC), jumlah data yang dijana pada tahun lalu sahaja dianggarkan sebanyak 64.2 zettabait (satu zettabait: satu trilion gigabait).

“Dengan pelbagai maklumat baharu dijana setiap saat, data boleh dianggap sebagai ‘oksigen’ bagi ekonomi digital yang perlu dimanfaatkan untuk kesejahteraan bersama serta inovasi nilai dalam menjadi sumber pertumbuhan baharu.

“Perniagaan yang menggunakan data cenderung untuk lebih tangkas dan berinovatif khususnya dalam waktu-waktu sukar seperti sekarang.” – Bernama