Thursday, April 25, 2024
30.9 C
Brunei

    -

    Datuk Aishah asah vokal sertai kelas, mengaji

    Terlalu banyak cabaran dihadapi Datuk Aishah menjelang Konsert Aishah & MPO: A Symphonic Rendezvous di Dewan Filharmonik Petronas (DFP), Kuala Lumpur City Centre (KLCC) di ibu negara, pada Ogos nanti.

    Bukan sahaja terpaksa ditangguhkan dua tahun akibat pandemik COVID, Aishah hampir kehilangan vokal mantap dan stamina gara-gara dijangkiti COVID dua kali sepanjang tempoh itu.

    Namun, Aishah atau nama penuh, Wan Aishah Wan Ariffin, 57, tidak pernah patah semangat. Penyanyi layak bergelar legenda ini enggan menjadikan semua itu halangan dalam memberi persembahan terbaik pada konsert yang bakal diiringi Orkestra Filharmonik Malaysia (MPO) itu. “Alhamdulillah, ketika mula-mula terkena jangkitan COVID, saya tidak rasa apa-apa hinggalah selepas dua bulan, baru saya dapat rasakan perubahan apabila mudah penat.

    “Suara jadi menggigil. Apabila sudah tahu kesannya, saya banyakkan latihan vokal dengan menyertai kelas selain selalu mengaji,” katanya pada sidang media baru-baru ini.

    Aishah berkata, insiden hampir kehilangan suara itu membuka mata untuk mendapat bimbingan teknik nyanyian betul.

    “Selain buat latihan dan belajar dengan guru profesional, saya jaga pemakanan dan menitikberatkan aspek kesihatan,” kata penyanyi Janji Manismu ini. Julung kali mementaskan konsert solo diiringi pemuzik orkestra, bekas vokalis kumpulan The Fan Club ini menterjemahkan persembahan di DFP kelak umpama perjalanan bersejarah dalam kehidupan muzikalnya.

    Sebelum ini, Aishah pernah menyatakan kemungkinan tarikh konsert itu akan diubah bagi mengelak bertembung dengan konsert artis lain. Namun, tarikh 6 Ogos dikekalkan penganjur. – Agensi

    Aishah hampir kehilangan vokal mantap dan stamina gara-gara dijangkiti COVID dua kali sepanjang tempoh dua tahun konsert ditangguhkan. – Agensi
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Hingga 160 paus pilot terdampar di Australia, sekurang-kurangnya 26 maut

    MELBOURNE, 25 APRIL - Sehingga 160 ekor paus pilot bersirip panjang terdampar di pantai barat Australia hari ini dan sekurang-kurangnya 26 maut sebelum pihak...