Saturday, September 23, 2023
30 C
Brunei

    -

    Datuk Azizulhasni sedia hadapi jadual padat di Hangzhou

    NILAI, 8 SEPT – Jaguh berbasikal trek Malaysia, Datuk Mohd Azizulhasni Awang sedia berdepan dengan jadual padat Sukan Asia Hangzhou 2022 di China yang akan berlangsung dari 23 September hingga 8 Oktober ini.

    Azizulhasni berkata beliau belajar daripada pengalaman semasa Kejohanan Berbasikal Trek Dunia 2023 di Glasgow, Scotland baru-baru ini kerana ia agak sama dengan situasi yang bakal dihadapi pada acara di Velodrom Pusat Sukan Chun’an Jieshou nanti.

    “Sukan Asia kita tengok jadual agak rapat antara perlumbaan ada interval 15 minit, mereka susun semuanya dalam masa yang singkat. Saya tak pasti tapi semua (pelumba) hadapi situasi sama.

    “Semasa Kejohanan Dunia hari itu tak jangka rapat (jadual), ketika itu saya lumba dan banyak perlumbaan di pusingan awal kemudiannya bila perlumbaan berikutnya tak sempat rehat. Saya belajar banyak di situ,” katanya.

    Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas sesi lawatan Ketua Kontinjen Sukan Asia Hongzhou 2022 Datuk Chong Kim Fatt di Velodrom Nasional, di sini hari ini.

    Pada Kejohanan Berbasikal Trek Dunia 2023, Azizulhasni gagal menyumbang sebarang pingat apabila terkandas di peringkat separuh akhir acara kegemarannya iaitu keirin.

    Malang juga menimpa Azizulhasni dalam acara pecut apabila penyertaannya dibatalkan pada pusingan kedua gara-gara tindakannya yang mahu memotong pesaing dari Australia, Thomas Cornish.

    Sehubungan itu, Azizulhasni yang merupakan pemenang perak keirin lelaki Sukan Olimpik 2020 bukan mudah berdepan situasi berkenaan, namun akan berusaha sehabis baik dengan menggunakan taktikal yang mampu membantunya menyinar pada penampilan terakhir di temasya sukan tersebut. – Bernama

    Ketua Kontinjen (CDM) Malaysia ke Sukan Asia Hangzhou 2022, Datuk Chong Kim Fatt bergambar bersama pelumba basikal trek Malaysia, Datuk Mohd Azizulhasni Awang selepas meninjau persiapan skuad basikal trek di Velodrom Nasional pada 8 September. – Benrnama
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Anda

    Lebih 30,000 orang dibawa ke hospital akibat strok haba

    TOKYO, 22 SEPT – Jepun pada Ogos menyaksikan sejumlah 34,835 individu dibawa ke hospital di seluruh negara dengan gejala strok haba, ketika negara itu...