Thursday, December 1, 2022
23 C
Brunei

-

Datuk bandar ditahan selepas penjual buah bunuh diri

TUNIS, 27 SEPT – Polis Tunisia kelmarin menahan seorang datuk bandar selepas seorang penjual buah membunuh diri kerana alat penimbangnya dirampas pegawai majlis perbandaran, mencetuskan bantahan di negara itu, menurut jurucakap kehakiman.

Penjual buah itu, Mohamed Amine Dridi, 25, menggantung diri Sabtu lalu, dua hari selepas alat timbang elektronik digunakan di gerai buah dan sayurnya dirampas, lapor media Tunisia.

Pada malam Ahad, penunjuk perasaan di Mornag, selatan Tunis, turun ke jalan raya mengkritik kadar pengangguran yang tinggi dan kos sara hidup yang melambung tinggi.

Mereka membakar tayar dan menyekat jalan utama di Mornag, manakala polis melepaskan gas pemedih mata untuk menyuraikan mereka.

Kes bunuh diri Dridi menggemakan kematian penjual buah Mohamed Bouazizi, seorang graduan universiti yang membakar dirinya pada 2010 di bandar Sidi Bouzid kerana membantah gangguan polis dan pengangguran. – AFP

- Advertisment -

Disyorkan Untuk Anda

China lancar kapal angkasa Shenzhou-15

BEIJING, 30 NOV – China melancarkan kapal angkasa Shenzhou-15 semalam, yang membawa tiga angkasawan ke stesen angkasa lepasnya bagi melengkapkan penghantaran pertama kru China...
- Advertisment -