Datuk Bandar Poland parah ditikam

WARSAW, 14 Jan – Datuk Bandar Gdansk, Poland, menjalani pembedahan selepas ditikam seorang penyerang pada kelmarin, lapor media tempatan.

Radio Gdansk melaporkan, Pawel Adamowicz ditikam di jantung ketika menonton konsert amal dan dikejarkan ke hospital.

Menurut agensi berita Xinhua, seorang jurucakap hospital memberitahu media tempatan bahawa keadaan datuk bandar itu ‘amat serius’.

Televisyen rasmi Poland, TVN melaporkan suspek 27 tahun berjaya ditahan di tempat kejadian.

Selepas serangan itu, suspek menjerit menyatakan dia tidak bersalah dan menegaskan dia dipenjarakan dan didera ketika pemerintahan kerajaan Civic Platform, parti yang dianggotai datuk bandar terbabit sebelum ini. – Bernama