Thursday, April 18, 2024
24 C
Brunei

    -

    Datuk Kazim Elias didatangi scammer?

    Pendakwah bebas, Datuk Mohd Kazim Elias mendedahkan beliau didatangi seorang scammer yang dipercayai menggunakan gelaran Datuk Seri dengan memberi bon berjumlah 1 juta Euro atau sekitar RM4,700,000.

    Menerusi perkongsian di laman Instagram milik beliau, Kazim memberitahu individu tersebut turut menawarkan pertolongan untuk mengubati sakitnya ketika hadir menziarahi Pusat Tahfiz Al-Barakah, kelmarin.

    “Dalam keadaan sakit, datang pula ‘Datuk Seri’ beri sumbangan bon 1 juta Euro kepada Al-Barakah. Lepas ini boleh tumpu kepada sekolah sahaja dan tidak payah keluar berceramah.

    “Menggigil tangan bila dia serahkan tadi.

    “Mula-mula kata nak ziarah, kemudian nak tolong ubat dan selepas itu beri bon. Awas jangan sampai awda tertipu,” ujarnya.

    Kazim Elias mengakui bahawa baru-baru ani ada ‘Datuk Seri’ datang yang ternyata adalah scammer. – Agensi

    Dalam perkongsian tersebut, Kazim turut mengingatkan mana-mana pemilik pusat tahfiz supaya lebih berhati-hati dengan tindakan scammer yang berani datang bersemuka seperti yang beliau lalui.

    “Dia ingat kami di Al-Barakah bodoh agaknya.

    “Kepada pengusaha tahfiz, sekolah-sekolah pondok dan orang sakit seperti saya berhati-hatilah dengan scammer yang begitu berani dan terang-terangan sekarang ini,” jelasnya.

    Untuk rekod, Kazim sebelum ini pernah mendedahkan dia mengalami sakit misteri yang dihidapi sejak tahun 1997 dan sudah banyak kali menjalani pemeriksaan di hospital namun tidak bertemu puncanya.

    Meninjau di ruangan komen, beberapa warganet memberitahu bon yang kelihatan seperti wang kertas itu adalah palsu dan ia boleh dibeli secara dalam talian.

    “Dekat Shopee duit ini banyak dijual, dia ingat lawak ke?

    “Bon tidak sama bentuknya macam duit kertas. Jadi yang ustaz dapat ini, orang itu mahu menipu.

    “Buat laporan polis. Ajar penyangak itu dengan undang-undang,” komen warganet. – Agensi

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gempa bumi 6.3 magnitud di Jepun cederakan 8 orang

    TOKYO, 18 APRIL – Lapan orang dilaporkan cedera hari ini selepas gempa bumi berukuran 6.3 magnitud melanda barat daya Jepun, tetapi tiada kerosakan besar...