IPOH, 21 MEI – Kos pengendalian dan perbelanjaan pasukan yang tinggi antara perkara masih dalam kajian usahawan kosmetik Datuk Seri Dr Hasmiza Othman sebelum membuat sebarang keputusan untuk menjadi pemilik baharu Perak FC.
Hasmiza atau lebih dikenali sebagai Datuk Seri Vida berkata ini penting kerana ia melibatkan pelbagai perbelanjaan besar antaranya membabitkan gaji pemain sekali gus memerlukan pelaburan yang bijak untuk mewujudkan situasi menang-menang.
“Saya masih mengkaji perbelanjaan overhead, maintainance, apa yang perlu disewa beli, gaji pemain, siapa (pemain) yang sesuai untuk digilap bakatnya dan pelbagai perkara lain perlu ditanggung. Faktor kehadiran penyokong juga perlu diambil kira.
“Jadi kesemua ini memerlukan pelaburan bijak yang mungkin kita boleh lihat hasil sekurang-kurangnya dalam tempoh dua tahun jika ingin memastikan ia benar-benar berbaloi,” katanya ketika ditemui Bernama di kedai emasnya di sini baru-baru ini. – Bernama