David Smith sekat impian emas Wei Lun

TOKYO, 1 SEPT – Atlet boccia Malaysia, Chew Wei Lun berjaya meraih perak dalam perlawanan akhir acara individu bercampuran BC1 (kecacatan fizikal) di Sukan Paralimpik Tokyo, hari ini.

Wei Lun, yang mencipta sejarah muncul atlet pertama Malaysia beraksi dalam sukan boccia di pentas Paralimpik, tewas kepada juara bertahan dari Rio 2016 David Smith dari Great Britain, 2-4, pada aksi final di Ariake Gymnastics Centre.

Atlet berusia 26 tahun yang membuat kemunculan pertama di Sukan Paralimpik itu bermula baik apabila mendahului pemain ranking pertama dunia itu 2-0 pada end pertama, sebelum David merapatkan jurang kepada 2-1 pada end kedua. Kemenangan David itu menyaksikan beliau mencalar rekod tanpa kalah Wei Lun, selepas unggul memenangi enam perlawanan berturut-turut termasuk empat aksi peringkat kumpulan B, sejak Sabtu lepas. – Bernama