Friday, July 18, 2025
24.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Davis bawa pulang MVP

    NEW ORLEANS, 20 Feb – Anthony Davis menjaringkan rekod 52 mata di gelanggang sendiri ketika pasukan West meneruskan penguasaan mereka dengan menewaskan East 192-182 dalam perlawanan NBA All-Star Game ke-66 yang diadakan setiap tahun.

    Bintang dari New Orleans Pelicans, Davis dinamakan pemain MVP dan memecahkan rekod jaringan 42 mata yang telah dicatatkan oleh Wilt Chamberlain pada tahun 1962. Dia menghasilkan 26 dari 39 lontaran dari gelanggang, mengatasi rekod Blake Griffin dengan 19 jaringan dalam perlawanan All-Stars.

    “Saya terkejut,” kata David. “Saya hanya merasa gembira saya mampu untuk membawa pulang MVP di depan penyokong sendiri. “Rakan sepasukan berkata mereka akan memberikan bola kepada saya. Mereka menunaikan janji mereka.”

    Pertahanan tidak wujud di arena Soothie King Center ketika Davis mencatatkan dengan 22 mata pada suku pertama dan Russell Westbrook dari Oklahoma City Thunder mengabungkan hantaran–hantaran menarik termasuk satu jaringan dalam pembukaan suku bersama bekas rakan sepasukan Kevin Durant.

    Gabungan mata bagi kedua pasukan adalah 374 mata dan ia adalah tahun kedua berturut–turut kedua pasukan memecahkan rekod gabungan itu. Pada tahun lepas, pasukan itu mencatatkan rekod 369 dalam kemenangan West, 196-173.

    Anthony Davis dari New Orleans Pelicans meraikan trofi MVP NBA All-Star di Smoothie King Center. – AFP
    Anthony Davis dari New Orleans Pelicans meraikan trofi MVP NBA All-Star di Smoothie King Center. – AFP

    Jurulatih Golden State Warriors, Steve Kerr berkata liga seharusnya melihat kepada pendorong untuk membolehkan para pemain mencuba lebih lagi.

    “Saya mahu melihatnya lebih kompetitif. Ia adalah bagus untuk memiliki insentif bagi pemain, melibatkan perlawanan amal,” kata Kerr mengenai kekurangan pertahanan.

    Pasukan East diterajui oleh pemain tengah Milwaukee Bucks, Gianni Antetokounmpo, yang menjaringkan 28 mata, dan LeBron James dari Cleveland, yang membuat kemunculan All-Star yang ke-13 dengan 23 mata.

    Westbrook mengekori dengan 41 mata ketika dia disatukan semula bagi semalam bersama Durant, yang berada dalam musim pertama bersama Golden State Warriors selepas meninggalkan Thunder. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda