Wednesday, December 4, 2024
26 C
Brunei

    Berita Terkini

    Davis rampas kejuaraan WBA dari Santa Cruz

    LOS ANGELES, 1 NOV – Petinju yang belum mencatat sebarang keputusan tewas, Gervonta Davis, menewaskan Leo Santa Cruz dengan tumbukan padu di pusingan ke-enam untuk merampas tali pinggang Persatuan Tinju Dunia (WBA) dalam pertarungan kejohanan dunia lightweight di San Antonio kelmarin.

    Petinju berusia 25 tahun, Davis, membuat kejutan kepada Santa Cruz dengan tumbukan tangan kiri se-hingga merebahkan juara tersebut di gelanggang pada pusingan keenam di Alamodeome Arena.

    Dengan tumbukan yang tidak dijangkakannya itu, Santa Cruz terba-ring di bahagian penjuru gelanggang selama seminit sementara doktor memeriksa petinju tersebut. Walau bagaimanapun, akhirnya dia mampu duduk dan tersenyum.

    Petinju Amerika Syarikat, Davis mencatatkan 24-0 dengan 23 knockout selepas mencatatkan kemenangan dalam kariernya dan memberikan juara divisyen empat, Santa Cruz knockout pertamanya.

    “Saya akan terus menunjukkan kepada semua orang di seluruh dunia bahawa saya adalah yang terbaik. Saya tidak perlu memanggil orang lain untuk bertarung. Saya adalah yang terbaik. Mereka boleh beratur dan saya akan tewaskan mereka seorang demi seorang,” kata Davis. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda