Day rampas pendahulu PGA Wells Fargo

WASHINGTON, 6 MEI – Pemain Australia Jason Day, yang mengejar gelaran PGA AS pertamanya dalam tempoh empat tahun, memukul tujuh bawah par 63 untuk merampas kedudukan pendahulu selepas pusingan pembukaan Kejohanan Wells Fargo kelmarin.

Pemain Australia berusia 34 tahun itu membenam lapan birdie berbanding satu bogey untuk menduduki tempat teratas dengan satu pukulan mengatasi pemain Amerika Joel Dahmen di TPC Potomac di Avenel di pinggir bandar Washington.

Kumpulan tempat ketiga dengan 65 termasuk pemain muda Inggeris Aaron Rai dan Callum Tarren, yang menyaingi pemain pusingan PGA terendah mereka, Paul Barjon dari Perancis dan pemain Amerika Matthew Wolff dan Denny McCarthy.

Tempat itu menganjurkan acara PGA buat kali pertama sejak 2018 disebabkan Quail Hollow, tapak biasa di Charlotte untuk Wells Fargo, menganjurkan Piala Presiden tahun ini pada bulan September. Day, pemain nombor 127 dunia dan pemenang Kejuaraan PGA 2015, memburu gelaran PGA AS yang ke-12 dan yang pertama sejak Wells Fargo 2018, setelah kekal sihat sejak kebelakangan ini selepas bertahun-tahun berdepan masalah tulang belakang.

Beliau turut memberi kredit kepada pendekatan dari jurulatih dengan berkata, “Pada satu tahap, awda perlu keluar daripada aspek teknikal dan menjadi lebih kreatif.” – AFP

Aksi Jason Day, dari Australia, semasa pusingan pertama kejohanan golf Wells Fargo kelmarin. – AP