Saturday, October 1, 2022
24.8 C
Brunei

Dayang guna pemuzik filem Parasite, Squid Game hasil Belagu 11

-

Bukan trofi atau sanjungan diharapkan penyanyi bersuara lunak merdu, Dayang Nurfaizah, 41, apabila menghasilkan album kontemporari klasik berjudul Belagu yang menemui khalayak, tahun lalu.

Malah, tiada sekelumit terdetik dalam hati untuk Dayang mengejar sebarang anugerah ataupun pengiktirafan yang boleh dijadikan motivasi di sebalik pembikinan album itu.

Sebaliknya, kata Dayang, segala-galanya dilakukan atas satu tujuan, iaitu mahu memartabatkan ritma Melayu Klasik supaya terus dipandang tinggi dan kekal malar segar.

Justeru, apabila album diterbitkan Aubrey Suwito mendapat enam pencalonan dalam Anugerah Industri Muzik (AIM) Ke-23.

Bagaimanapun, album Belagu hanya mengungguli tiga kategori iaitu Rakaman Lagu Terbaik menerusi lagu Tudung Periuk, Rakaman Album Terbaik Belagu dan Susunan Muzik Terbaik Di Dalam Lagu Tudung Periuk pada malam kemuncak AIM 23, minggu lalu.

Dayang sanggup membelanjakan wang untuk menaikkan martabat genre Melayu Klasik dengan menghasilkan album Belagu 11 di Budapest. – Agensi

Pemilik nama lengkap Dayang Nurfaizah Azwang Dowty sukar menterjemahkan perasaan dengan kata-kata.

“Sejujurnya, saya tak sangka album Belagu ini adalah projek khas, semuanya lagu lama diberi nafas baharu.

“Saya tidak menaruh harapan menang trofi utama. Dapat pencalonan terbanyak pun sudah memadai dan cukup menggembirakan saya serta pemuzik yang terbabit dalam pembikinannya.

“Album Belagu memang membawa makna besar kerana proses pembikinannya cukup mencabar selain terpaksa mempromosikannya ketika negara berada dalam fasa keempat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP),” katanya kepada BH Online.

Walaupun kos pembikinan album Belagu 11 agak tinggi, namun Dayang berkata, dia tidak kisah berhabisan asalkan niatnya mengangkat melodi Melayu Klasik ke darjat lebih tinggi selain kekal malar segar dengan sentuhan susunan muzik baharu menjadi kenyataan. – Agensi

- Advertisment -

Disyorkan Untuk Anda

China: Tiada siapa berhak guna veto nasib rakyat Palestin

BEIJING, 29 SEPT - China menegaskan tiada siapa berhak menggunakan kuasa veto masing-masing dalam isu-isu mengenai masa depan dan nasib rakyat Palestin, lapor agensi...
- Advertisment -