Thursday, April 25, 2024
26.3 C
Brunei

    -

    Dayang Muslimah juarai PPKBD 2022

    Oleh Yusrin Junaidi

    BANDAR SERI BEGAWAN, 13 MAC – Mahasiswi Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA), Dayang Muslimah binti Mahadi muncul juara dalam Pertandingan Pidato Kebangsaan Brunei Darussalam tahun 2022 (PPKBD 2022) apabila berjaya meyakinkan panel hakim semasa pertandingan akhir yang berlangsung di Balai Sarmayuda, Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), Jalan Pembangunan, Lapangan Terbang Lama, Berakas, kelmarin.

    Sementara itu, guru agama terlatih dari Sekolah Menengah Pengiran Anak Puteri Hajah Masna, Kampung Sungai Akar, Dayang Nurzaidah binti Harun memenangi tempat kedua diikuti oleh Awang Mohamad

    Hajib Sarhan bin Awang Mohamad Harkani, mahasiswa Universiti Brunei Darussalam di tempat ketiga dan Awang Mohammad Ridzwan bin Ismail, mahasiswa Politeknik Brunei, di tempat keempat.

    Hadir selaku tetamu kehormat dan menyempurnakan penyampaian hadiah kepada para pemenang ialah Setiausaha Tetap (Kemasyarakatan dan Kebudayaan) di Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan (KKBS), Hajah Nor Ashikin binti Haji Johari.

    Turut hadir secara maya ialah Timbalan Setiausaha Tetap (Kebudayaan) di KKBS, Dr Siti Norkhalbi binti Haji Wahsalfelah.

    Johan PPKBD 2022 menerima wang tunai sebanyak 1,000, piala rebutan, piala iringan dan sijil penghargaan, manakala itu, pemenang kedua menerima wang tunai $800, ketiga menerima wang tunai $500 dan keempat menerima wang tunai $400 dengan masing-masing turut menerima plak dan sijil penghargaan.

    Seramai 12 peserta telah bertanding di peringkat saringan yang diadakan pada 2 Mac lalu dan hanya empat telah terpilih untuk mara ke peringkat akhir.

    PPKBD 2022 juga ditayangkan secara langsung melalui penstriman Facebook Dewan Bahasa dan Pustaka Brunei dan menerusi aplikasi Zoom bagi memberi peluang kepada khalayak untuk menyaksikan pertandingan berkenaan secara maya.

    Hajah Nor Ashikin menyampaikan hadiah kemenangan kepada Dayang Muslimah pada peringkat akhir pertandingan berkenaan. – Gambar serahan DBP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Hingga 160 paus pilot terdampar di Australia, sekurang-kurangnya 26 maut

    MELBOURNE, 25 APRIL - Sehingga 160 ekor paus pilot bersirip panjang terdampar di pantai barat Australia hari ini dan sekurang-kurangnya 26 maut sebelum pihak...