Oleh Syahmi Hassan
BANDAR SERI BEGAWAN, 3 Mei – Dayang Roselina binti Mat Kassim muncul sebagai juara Pertandingan Barista The Coffee Bean & Tea Leaf (CBTL) ke-11 yang telah diadakan di OneCity Mall, Salambigar, kelmarin.
Hadir selaku tetamu kehormat dan menyampaikan hadiah ialah Pengarah Urusan PAR Food & Beverage, Yang Amat Mulia Pengiran Anak Abdul Mun’im bin Pengiran Anak Haji Tahiruddin dan Pengurus Besar PAR Group of Companies, Muniswaran G.
Selaku juara, Dayang Roselina membawa pulang pingat emas dan sijil, wang tunai $200 tajaan Syarikat Andong, Vivo Y95 tajaan Progresif Cellular, beg cenderahati bernilai $150 tajaan Boustead Sdn Bhd, baucar $50 tajaan The Body Shop, baucar $50 tajaan PDS Abattoir dan satu tiket dewasa ke Taman Permainan Jerudong tajaan Jerudong Park Country Club (JPCC).
Tempat kedua pula dimenangi oleh Awang Mohammad Syukri bin Mohammad Rosli yang membawa pulang pingat dan sijil, wang tunai $150, TV LED 32 inci tajaan Curve Interiors Enterprise, beg cenderahati bernilai $150 tajaan Boustead Sdn Bhd, beg cenderahati bernilai $36.90 tajaan Pure Nectar, baucar $50 daripada The Body Shop, baucar $50 tajaan PDS Abattoir dan satu tiket dewasa ke Taman Permainan Jerudong tajaan JPCC.
Tempat ketiga dimenangi oleh Dayang Nur‘ Adlina binti Rosmin yang membawa pulang pingat dan sijil, wang tunai $75, beg cenderahati bernilai $150 tajaan Boustead Sdn Bhd, beg cenderahati bernilai $36.90 tajaan Pure Nectar, baucar $50 tajaan The Body Shop dan satu tiket dewasa ke Taman Permainan Jerudong tajaan JPCC.
Manakala itu, pemenang keempat, Dayang Nor Haziqah Nazirah binti Haji Hussin menerima pingat dan sijil, wang tunai $75, beg cenderahati bernilai $150 tajaan Boustead Sdn Bhd, beg cenderahati bernilai $36.90 tajaan Pure Nectar, baucar $50 tajaan The Body Shop dan satu tiket dewasa ke Taman Permainan Jerudong tajaan JPCC.
Terdahulu, Pengurus Operasi Kanan CBTL, Awang Sharil Sharudin dalam ucapannya, mengongsikan bahawa pertandingan tersebut bertujuan untuk mewujudkan lebih banyak kesedaran dan pengiktirafan terhadap pencapaian profesional dalam seni dan kemahiran penyediaan dan perkhidmatan asas minuman espreso.
“Kami memandang serius perkembangan kemahiran, melatih barista kami dan meningkatkan semangat mereka dan saya sangat kagum dengan kemahiran yang terus ditunjukkan oleh barista tempatan kami terutamanya semasa pusingan kelayakan pertandingan.
“Kami berharap dapat terus meningkatkan keyakinan barista kami dalam seni mereka melalui latihan dan pendedahan dalam pertandingan seperti ini,” tambahnya.