Thursday, April 25, 2024
29.9 C
Brunei

    -

    Dayang sebak teringat arwah Rudy Imran

    Penyanyi Dayang Nurfaizah hampir mengalirkan air mata ketika mendendangkan lagu Menanti Di Ambang Syurga pada Konsert Dayang Nurfaizah & MPO: Belagu di Dewan Filharmonik PETRONAS, baru-baru ini.

    Dayang mengaku emosinya tersentuh terkenang sahabatnya, penulis lirik dan wartawan hiburan akhbar Harian Metro, Allahyarham Rudy Imran Shamsuddin yang meninggal dunia,

    Mac tahun lalu, akibat kanser usus. “Memang sukar hendak menyanyikan lagu yang menceritakan soal kehilangan.

    “Hampir hendak menangis tetapi Dayang cuba kawal. Dayang tidak mahu perasaan sedih itu menjejaskan persembahan kerana Dayang mahu buat yang terbaik malam ini.

    “Tetapi, apabila nama Allahyarham Rudy terpampang pada monitor, Dayang jadi tergamam dan sebak.

    “Bagaimanapun, Dayang cuba lawan perasaan itu kerana apa yang Dayang buat
    malam ini juga adalah untuk arwah,” katanya kepada pemberita sejurus persem bahan berakhir, malam tadi.

    Biarpun sudah hampir setahun pemergian Allahyarham Rudy, Dayang atau nama penuh,

    Dayang Nurfaizah Awang Dowty, 42, mengaku masih merindukan arwah.

    “Arwah pernah bersama Dayang melakar sejarah menerusi lagu Di Pintu Syurga dan Lelaki Teragung. Dayang sangat rindu dengan komen arwah yang jujur.

    “Biarpun pedas dan berbaur sindiran, namun, Dayang tidak pernah ambil hati. Sebagai sahabat, Dayang akan ambil positif setiap komen yang diberi.

    “Dayang tahu, kalau arwah ada malam tadi, mesti dia gembira dan bangga dengan Dayang,” katanya.

    Pada Anugerah Juara Lagu (AJL) Ke-29, lagu Di Pintu Syurga yang liriknya ditulis Allahyarham Rudy menggunakan nama pena Iman Imran, diumum pemenang tempat ketiga dan Dayang meraih trofi Vokal Terbaik.

    Kejayaan lain yang turut diukir Dayang bersama Allahyarham Rudy adalah apabila lagu Lelaki Teragung diumumkan sebagai juara AJL31. – Agensi

    Dayang mendedahkan dia hampir menangis terkenangkan sahabatnya yang sudah meninggal dunia. – Agensi
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gangguan bekalan elektrik, pelepasan air terawat Fukushima digantung

    TOKYO, 24 APRIL - Pelepasan air sisa terawat ke lautan dari loji nuklear Fukushima yang rosak telah digantung hari ini berikutan gangguan bekalan elektrik...