Thursday, October 5, 2023
27.6 C
Brunei

    -

    dB hos ADI-APRC

    Oleh Sim Y. H. –

    BANDAR SERI BEGAWAN, 8 SEPT – DemensiaBrunei (dB) akan menjadi hos kepada Persidangan Serantau Antarabangsa Asia Pasifik Penyakit Alzheimer (ADI-APRC) 2023 di Pusat Persidangan Antarabangsa, Berakas pada 26 hingga 29 Oktober depan.

    Persidangan yang membawa tema Know Dementia, Know Alzheimer’s-Together We Can Do So Much itu akan menekankan pentingnya untuk belajar daripada sesama kita dan semua pihak bersama-sama bekerja secara kolaborasi.

    Pengumuman mengenai persidangan berkenaan telah dibuat oleh dB dalam sidang media di Pusat Promosi Kesihatan, hari ini.

    Menurut dB, mereka akan menghoskan persidangan berkenaan dengan kerjasama Kementerian Kesihatan dan Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan (KKBS) serta sokongan daripada Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri (KHEDN).

    Di samping itu, Universiti Brunei Darussalam (UBD) dan Pantai Jerudong Specialist Centre (PJSC) juga terlibat sama menyokong ADI-APRC 2023 di mana ia merupakan platform yang cemerlang untuk berkongsi idea dan pengalaman di antara mereka yang mempunyai demensia, pemberi penjagaan, ahli klinikal serta ahli akademik.

    Persidangan tersebut bermatlamat untuk memberikan peluang kepada para peserta untuk belajar antara satu sama lain dan berkongsi pengetahuan, penyelidikan serta pengalaman untuk memperbaiki lagi kehidupan mereka yang menderita demensia.

    Dalam pada itu, dB turut menyatakan bahawa mereka telah mempromosikan persidangan berkenaan secara antarabangsa dan mengongsi bahawa ia akan mengetengahkan penceramah serta penyertaan peserta dari Thailand, Jepun, New Zealand, Amerika Syarikat (AS), Singapura, Australia, India, Pakistan, Filipina dan Indonesia.

    Persidangan itu juga akan menampilkan penceramah tempatan dari UBD dan PJSC di mana mereka akan membentangkan kertas kerja semasa persidangan itu.

    Pendaftaran bagi peserta tempatan untuk menyertai persidangan itu telah dibukakan dengan mereka yang berminat boleh mendapatkan maklumat lanjut dengan menghubungi hotline ADI-APRC 2023 di talian 8243377 atau melayari laman sesawang, ADI-APRC2023.ORG.

    DemensiaBrunei bersama penyokong ADI-APRC 2023 bergambar ramai semasa sidang media yang berlangsung di Pusat Promosi Kesihatan, kelmarin. – Gambar serahan dB
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Anda

    Banjir kilat bunuh 8, 23 askar hilang

    NEW DELHI, 5 OKT - Hujan lebat secara tiba-tiba mencetuskan banjir kilat kelmarin di timur laut India yang membanjiri beberapa bandar, menghanyutkan sebuah jambatan...