Wednesday, October 9, 2024
24.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    DBKL perlu pastikan penjaja, peniaga kecil hanya terdiri dari warga tempatan

    KUALA LUMPUR, 19 OGOS – Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) perlu memastikan golongan penjaja dan peniaga kecil hanya terdiri daripada warga tempatan, kata Presiden Gabungan Persatuan Penjaja dan Peniaga Malaysia (G3PM), Datuk Seri Rosli Sulaiman.

    Beliau berkata pihak DBKL perlu melaksanakan tindakan penguatkuasaan yang lebih ketat dan menggunakan strategi mampan, bagi memastikan tiada warga asing dibenarkan berniaga dalam sektor tersebut.

    “Sekiranya tidak dikawal, warga asing yang berniaga dengan sewenang-wenangnya akan merosakkan ekonomi dan wujud persaingan dengan sengaja tanpa sekatan, dan ia merugikan ekonomi tempatan,” katanya dalam sidang media khas mengenai isu yang dihadapi oleh penjaja dan peniaga di Kuala Lumpur, hari ini.

    Beliau juga berkata rondaan oleh penguat kuasa juga perlu dilakukan dengan lebih kerap bagi memastikan premis makanan dan minuman di sekitar bandar raya dijamin status halal dan tahap kebersihannya.

    Ini kerana Rosli berkata masih terdapat banyak premis makanan dan minuman yang mencurigakan dari aspek halal dan pematuhan kebersihan.

    “Ini memerlukan penekanan daripada Jabatan Kesihatan dan Alam Sekitar DBKL, terutamanya untuk memantau aspek kebersihan penyediaan dan penjualan produk daripada premis terbabit,” katanya. – Bernama

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda