DBKU tuntut permohonan maaf DAPSY

KUCHING, 21 OGOS – Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU) menuntut permohonan maaf secara terbuka daripada Pemuda Sosialis DAP (DAPSY) Sarawak yang menampal pelekat dalam Bahasa Cina di beberapa papan tanda jalan di sekitar bandar raya ini. Menteri Muda di Jabatan Ketua Menteri (Hal Ehwal Islam dan DBKU) Datuk Dr Abdul Rahman Junaidi berkata pihaknya juga meminta kumpulan terbabit menurunkan pelekat tersebut dengan serta-merta.

“DBKU telah membuat laporan polis semalam (pukul 3 petang) di Balai Polis Sentral dan seterusnya memberikan kenyataan di Ibu Pejabat Polis Daerah Kuching berhubung isu berkenaan,” katanya pada sidang media di sini hari ini. – Bernama