Saturday, April 20, 2024
29.4 C
Brunei

    -

    DBP giat usaha pertingkat fungsi sebagai pusat komuniti

    Oleh Sim Y. H.

    BANDAR SERI BEGAWAN, 21 MAC – Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) melalui Bahagian Perpustakaan sedang giat mengupayakan usaha meningkatkan fungsi Perpustakaan DBP sebagai pusat komuniti.

    Sejajar dengan usaha itu, Bahagian Perpustakaan DBP secara berterusan mengadakan kegiatan yang dikenali dengan Menggapai Dunia iaitu kegiatan berupa pameran Sudut Terbitan negara-negara besar secara bergilir-gilir pada setiap bulan.

    “Kali ini, giliran negara Malaysia dengan kerjasama Suruhanjaya Tinggi Malaysia membuat pameran dengan penyediaan buku-buku dan bahan terbitan lain untuk di-sajikan kepada pengunjung perpustakaan.”

    Perkara itu dinyatakan oleh Pemangku Setiausaha Tetap di Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan (KKBS), Dr Siti Norkhalbi binti Haji Wahsalfelah dalam ucapannya pada Majlis Penyerahan Sumbangan Buku-buku daripada Suruhanjaya Tinggi Malaysia yang berlangsung di Perpustakaan DBP, Bandar Seri Begawan, hari ini.

    Terdahulu dalam ucapannya, beliau menyatakan kepercayaan bahawa dengan adanya sumbangan bahan bacaan itu, akan dapat memberikan akses kepada rakyat dan penduduk di Brunei untuk mengenali serta mengetahui tentang kesusasteraan, kebudayaan dan intelektual Malaysia.

    Dr Siti Norkhalbi berkata, “Bahan bacaan merupakan salah satu jendela yang dapat melihat dunia melalui daya fikir dan imaginasi seseorang.”

    Oleh itu, sumbangan yang diterima itu, adalah amat bermakna dalam masa yang istimewa di mana dalam keadaan pada masa ini, yang mengehadkan perjalanan ke luar negara, rakyat dan penduduk di negara ini masih dapat mengelilingi dan mengembara ke Malaysia melalui hasil penulisan serta pameran yang disediakan di perpustakaan itu.

    Beliau seterusnya berkata, dalam keadaan dunia masih menghadapi wabak COVID-19, manfaat Revolusi Perindustrian 4.0 telah membukakan lebih banyak peluang kepada kita untuk memperoleh maklumat dengan pantas termasuk bahan bacaan secara digital.

    Dr Siti Norkhalbi semasa menyam-paikan ucapan pada majlis yang berlangsung di Perpustakaan Dewan Bahasa dan Pustaka, Bandar Seri Begawan, hari ini.
    Artikel sebelum ini
    Artikel seterusnya
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    5 pekerja jadi sasaran serangan nekad

    KARACHI, 19 APRIL - Seorang pengebom nekad meletupkan jaketnya yang sarat dengan bahan letupan berhampiran sebuah van yang membawa pekerja kereta warga Jepun, yang...