DBP kendali Bimbingan Penulisan Sajak

BANDAR SERI BEGAWAN, 4 SEPT – Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) melalui Bahagian Sastera dan Majalah akan mengungkayahkan Bimbingan Penulisan Sajak di bawah Program Penulis Muda 2020, pada 14 hingga 16 September depan.

DBP dalam kenyataannya menjelaskan, bengkel yang akan diadakan di Balai Sarmayuda, DBP, Lapangan Terbang Lama, Berakas itu terbuka kepada orang ramai yang berminat dalam penulisan kreatif dan berumur antara 15 tahun hingga 35 tahun.

Bagaimanapun penyertaan adalah terhad kepada 50 orang sahaja dan tarikh tutup penyertaan adalah pada 5 September ini.

Sebarang maklumat lanjut, orang ramai boleh menghubungi Urus Setia Program Penulis Muda 2020 melalui talian 2382511 sambungan 137, 162, 191, 192 atau 224.