DBP sertai Webinar Minda Dunia Melayu Peringkat Antarabangsa

Oleh Sim Y. H.

BANDAR SERI BEGAWAN, 8 APRIL – Pegawai-pegawai dari Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan (KKBS) turut serta menyaksikan Webinar Minda Dunia Melayu Peringkat Antarabangsa yang dikendalikan secara langsung menerusi penstriman langsung dalam talian di Bilik Laila Muafakat, DBP, Lapangan Terbang Lama, Berakas, kelmarin.

Webinar yang dianjurkan bersama oleh Jabatan Pengajian Melayu, IPG Kampus Kota Bharu, Dewan Bahasa dan Pustaka Wilayah Timur, Malaysia dan PERADABAN itu mengetengahkan panel pembicara yang terdiri daripada tokoh serta pakar dalam bidang bahasa dan sejarah dari tiga buah negara Melayu.

Panel pembicara yang diketengahkan semasa webinar berkenaan ialah Dato’ Haji A. Aziz Deraman dari Malaysia, Profesor Dr Mohamad Zain Musa dari Kemboja dan Dr Suraiya Chapakiya dari Thailand.

Pegawai-pegawai DBP Brunei Darussalam yang menyaksikan webinar yang dikendalikan menerusi penstriman langsung. – Gambar oleh Muiz Matdani