Thursday, April 25, 2024
30.9 C
Brunei

    -

    DCH Auriga terima sijil ISO

    Oleh Syahmi Hassan

    BANDAR SERI BEGAWAN, 17 JUN – DCH Auriga (Borneo) Sdn Bhd, penyedia pengurusan pasaran bersepadu berpangkalan di Asia yang mengkhusus dalam penjagaan kesihatan, fast-moving consumer goods (FMCG), perindustrian (Dulux) dan perkhidmatan logistik telah berjaya mencapai pensijilan ISO 9001:2015 dan ISO 13485:2016 yang berprestij.

    Menurut kenyataan yang diberikan, ISO 9001:2015 bermatlamat untuk menyediakan produk dan perkhidmatan secara konsisten yang memenuhi keperluan pelanggan dan kawal selia manakala ISO 13485:2016 menetapkan keperluan untuk QMS khusus untuk organisasi yang menyediakan peranti perubatan.

    Kedua-dua proses pensijilan itu bermatlamat untuk membangunkan sistem pengurusan kualiti (QMS) yang teguh yang memacu peningkatan berterusan dan diiktiraf dan dipercayai di peringkat global.

    Penyampaian sijil-sijil itu diadakan kelmarin yang dihadiri oleh Pengurus Besar DCH Auriga (Borneo) Sdn Bhd, King Seh Haur; Ketua Eksekutif Negara Bureau Veritas (B) Sdn Bhd, Aveline Foo; Pengurus Pensijilan Bureau Veritas (B) Sdn Bhd, Ram M. Desai, dan Pegawai Kawal Selia DCH Auriga (Borneo).

    Semasa majlis tersebut, King Seh Haur mengucapkan terima kasih kepada Darussalam Enterprise (DARe) atas sokongan mereka melalui program perundingan standard (SCP) di mana Arete Solutions terlibat sebagai konsultan.

    Auriga yang menawarkan kedua-dua penyelesaian komersial dan logistik, mempunyai operasi di Hong Kong, Macau, China, Singapura, Thailand, Indonesia, Brunei, Malaysia, Vietnam dan Filipina.

    DCH Auriga (Borneo) berhasrat untuk menghubungkan syarikat penjagaan kesihatan dan sains kehidupan terkemuka di dunia kepada penyedia penjagaan dan pesakit di seluruh Asia dengan rangkaian komprehensif penyelesaian pengurusan pasaran yang bertanggungjawab dan berkesan.

    DCH Auriga (Borneo) Sdn Bhd memulakan proses pensijilan ISO mereka pada September 2020 dan memuktamadkan piawaian ISO 9001:2015 dan ISO 13485:2016 selepas audit pensijilan dua peringkat oleh Bureau Veritas, sebuah badan pensijilan terkemuka yang membantu syarikat, kerajaan dan pihak berkuasa awam mengurangkan risiko mereka dari segi kesihatan, kualiti, keselamatan, perlindungan alam sekitar dan tanggungjawab sosial.

    Syarikat tersebut juga dalam proses untuk mendapatkan pensijilan Amalan Pengedaran Barangan (GDP) dan Amalan Pengedaran Baik untuk Peranti Perubatan (GDPMD).

    Dari kiri: Hajah Nordiyanah, King Seh Haur, Ram M. Desai dan Aveline Foo semasa penyampaian pensijilan ISO 9001:2015 dan ISO 13485:2016.
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Hingga 160 paus pilot terdampar di Australia, sekurang-kurangnya 26 maut

    MELBOURNE, 25 APRIL - Sehingga 160 ekor paus pilot bersirip panjang terdampar di pantai barat Australia hari ini dan sekurang-kurangnya 26 maut sebelum pihak...