Friday, April 19, 2024
31.4 C
Brunei

    -

    De Bruyne bantu City atasi Club America

    HOUSTON, 21 JULAI – Jaringan berganda Kevin De Bruyne sudah memadai untuk membantu Manchester City menewaskan Club America 2-1 di Houston kelmarin ketika Pep Guardiola merehatkan Erling Haaland di bangku simpanan daripada membuat penampilan sulungnya.

    Perlawanan semalam merupakan perlawanan pramusim pertama Guardiola manakala bagi Club America, ia adalah tiga perlawanan dalam kempen Liga MX mereka.

    Haaland hanya direhatkan di bangku simpanan sementara rakan penyerang baharu, Julian Alvarez, pemain antarabangsa Argentina yang ditandatangani dari River Plate, membuat penampilan pertamanya untuk City.

    Dia telah diganti pada minit ke-70 perlawanan disebabkan perselisihan dengan penjaga gol Guillermo Ochoa yang menyaksikan Jack Grealish turut terlibat dalam aksi tolak-menolak antara kedua pemain tersebut.

    Penonton tuan rumah jelas tidak menyenangi tindakan yang ditunjukkan oleh pemain tengah City itu yang kemudiannya berlanjutan ke separuh masa kedua dengan penyokong mengejek setiap sentuhannya.

    Aksi Kevin De Bruyne semasa perlawanan bola sepak persahabatan pramusim di Stadium NRG di Houston, Texas kelmarin. – AFP

    Kedua-dua orang pemain diberi amaran oleh pengadil perlawanan pada minit ke-30.

    Sejurus kemudian, Ochoa gagal menyelamatkan gawang gol apabila lengkungan De Bruyne dari luar kotak penalti menewaskan penjaga gol Club America itu.

    Pemain antarabangsa Mexico itu diganti tidak lama kemudian dan penggantinya hampir ditewaskan oleh percubaan Joao Cancelo. Tidak lama kemudian, Henry Martin menjaringkan gol tunggal Club America dua minit sebelum tamat separuh masa pertama.

    De Bruyne, menggandakan kedudukan apabila dia menyempurnakan hantaran daripada Riyad Mahrez secara klinikal untuk gol keduanya pada malam tersebut pada masa tambahan babak pertama.

    Sementara itu, pemain baharu, Kalvin Phillips iaitu pemain tengah antarabangsa England yang ditandatangani dengan harga AS$54 juta dari Leeds juga diturunkan sebagai pemain pertahanan tengah pada babak kedua. – AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Mahkamah batalkan sabitan bekas Presiden Maldives Abdulla Yameen

    NEW DELHI, 19 APRIL - Mahkamah di Maldives membatalkan sabitan bekas Presiden Abdulla Yameen atas tuduhan rasuah, kelmarin. Panel tiga hakim Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa...