De Bruyne Pemain Terbaik Tahunan PFA

LONDON, 9 SEPT – Kevin De Bruyne memuji pengaruh Pep Guardiola selepas bergelar pemain Manchester City pertama dinobatkan Pemain Terbaik Tahunan Persatuan Pemain Bola Sepak Profesional (PFA).

Pemain lain dicalonkan untuk anugerah PFA didominasi juara Liga Perdana, Liverpool dengan lima pemain manakala pemain Manchester United, Marcus Rashford menerima anugerah kerana peranannya melawan kemiskinan dalam kalangan kanak-kanak.

City ketinggalan 18 mata di belakang Liverpool pada musim 2019/20 tetapi De Bruyne, yang meledak 13 gol dan 20 bantuan gol, diundi sebagai yang terbaik musim lalu.

“Ini adalah penghormatan besar, untuk diundi oleh rakan pemain, pesaing daripada pasukan lain yang selalu anda temui di padang. Mereka mengundi anda untuk gelaran pemain terbaik, ia menakjubkan,” kata De Bruyne.

“Ia mungkin pelik kerana saya adalah yang pertama di City, melihat semua pemain terbaik bermain di sana sebelum ini dan masih bermain. Tapi ia sesuatu yang bagus untuk mewakili kelab.”

Pemain tengah dari Belgium itu memuji pengaruh Guardiola kerana memberikannya kebebasan untuk menyinar pada musim 2018/19 ketika dia juga mengalami kecederaan. – AFP

Aksi Kevin De Bruyne ketika mengawal bola pada perlawanan menentang Iceland awal pagi kelmarin. – AFP