Wednesday, October 9, 2024
24.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    De Gea gesa United kejar Chelsea

    MANCHESTER, 10 Feb – David de Gea (gambar) telah mencabar Manchester United lebih mendekati pendahulu Liga Perdana, Chelsea ketika pasukan Jose Mourinho itu berjuang bagi memasuki empat pasukan teratas. Ia merupakan antara statistik ganjil dalam Liga Perdana bahawa United tidak bergerak dari kedudukan keenam selama tiga bulan, meskipun tanpa kalah dalam 15 perlawanan dalam liga.

    Namun dengan menewaskan Leicester 3-0 baru-baru ini, skuad Mourinho akhirnya mempunyai peluang naik satu atau dua kedudukan jika mereka menewaskan Watford Sabtu ini dan, Liverpool dan Arsenal pula tercicir. United kelihatannya hampir kembali dalam prestasi terbaik mereka di Stadium King Power, selepas menyaksikan mereka diikat seri dalam tiga perlawanan berturut-turut.

    Dengan sejumlah perlawanan piala menanti mereka, perlawanan hujung minggu ini akan menjadi perlawanan liga terakhir mereka selama tiga minggu, jadi kemenangan akan memastikan kedudukan empat teratas tidak terlalu jauh.

    Pemain antarabangsa Sepanyol, De Gea sedar bahawa United mempunyai peluang tipis untuk memenangi liga, tetapi dengan matlamat mengejar Chelsea memberikan sedikit rangsangan dalam usaha mereka layak ke Liga Juara-Juara.

    “Saya rasa kami dalam prestasi yang baik. Pasukan dalam keadaan bagus. Dan kami perlu meneruskan laluan ini untuk berada di empat pasukan teratas dengan secepatnya.

    “Kami semua akan berjuang untuk berada lebih dekat (dengan Chelsea) tetapi mereka dalam kedudukan yang agak selesa.” Mourinho dijangka menggunakan kembali formasi pilihannya 4-2-3-1, meskipun memberikan kejutan dengan menggunakan 4-4-2 di Leicester. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda