MADRID, 15 MEI – Jurulatih Barcelona, Xavi Hernandez mencadangkan kelmarin bahawa keadaan kewangan kelab yang teruk itu boleh memaksa mereka untuk mempertimbangkan untuk menjual Frenkie de Jong pada musim panas ini.
De Jong menyertai Barca dengan harga 75 juta euro dari Ajax pada 2019 dan meskipun beliau merupakan pemain yang hebat dan pemain pilihan utama di Camp Nou, pemain Belanda itu malangnya tidak memenuhi jangkaan kelab tersebut.
La Liga telah menetapkan had perbelanjaan Barca kepada negatif 144 juta euro untuk jendela perpindahan musim panas akan datang, selepas mengalami kerugian sebanyak 242 juta euro lebih daripada yang dijangkakan.
Presiden Barcelona, Joan Laporta berkata pada awal musim kelab itu mempunyai hutang sebanyak 1.35 bilion euro, dengan peraturan La Liga menyatakan mereka perlu menjimatkan wang untuk setiap yang dibelanjakan bagi mendapatkan pembelian baharu.
Barca, bagaimanapun, berminat dengan Robert Lewandowski, penyerang berusia 33 tahun yang berkata kelmarin dia tidak akan menyambung kontrak Bayern Munich, yang bakal tamat pada Jun 2023. – AFP