De Marchi sarung jersi merah jambu

SESTOLA, ITALI, 12 MEI – Dombrowski menjuarai peringkat keempat Giro d’Italia kelmarin ketika Alessandro De Marchi mengambil kedudukan teratas secara keseluruhan jersi merah jambu selepas menamatkan perlumbaan di belakang pelumba Amerika Syarikat (AS) di tempat kedua.

Pasukan Emirates, Dombrowski melepasi garisan penamat 13 saat di hadapan pelumba Itali, De Marchi untuk merangkul kejuaraan pertama Grand Tour dalam kariernya, perlumbaan sejauh 187 kilometer antara Piacenza dan Sestola di kawasan pergunungan Apennine bahagian utara.

Dombrowski, 29, memenangi perlumbaan di Eropah buat julung kali semasa hari yang penuh mencabar di Giro setakat ini.

Keputusan paling menonjol sejak menjadi pelumba profesional bersama Sky (kini dikenali Ineos) pada 2013 adalah menghabiskan perlumbaan di tempat ke-12 di Giro 2019.

Dia meninggalkan De Marchi, yang juga menjadi sebahagian daripada kumpulan 25 pelumba yang bertemu selepas 40 kilometer, di laluan cerun yang paling sukar di pusingan akhir Colle Passerino untuk mendaki sejauh lima kilometer dari garisan penamat.

“Ia masih belum mencukupi untuk meraih jersi merah jambu, tetapi saya rasakan kemenangan di peringkat ini adalah cara yang baik untuk menamatkan perlumbaan hari ini,” kata Dombrowski.

“Apabila anda berada dalam kumpulan bersama 25 pelumba, tidak akan ada kerjasama, jadi anda perlu bersedia untuk menyerang. Saya tahu De Marchi mungkin pelumba terkuat, jadi jika saya sentiasa berada di hadapan, saya mempunyai kedudukan yang baik.” – AFP

Reaksi De Marchi meraikan kemenangan di atas podium selepas perlumbaan Giro d’Italia peringkat keempat.- AFP