De Paula kekal bersama Harimau Malaya

PETALING JAYA, 17 NOV – Penyerang Johor Darul Ta’zim (JDT), Guilherme De Paula terus mendapat kepercayaan apabila menjadi antara 28 pemain dipanggil menyertai kem latihan pusat skuad Harimau Malaya menjelang Kejuaraan Piala Persekutuan Bola Sepak ASEAN (AFF) 2020 di Singapura, bulan depan.

Pemain naturalisasi berusia 35 tahun itu antara lima penye-rang dalam senarai pengendali, Tan Cheng Hoe selain rakan sepasukan di JDT, Muhammad Syafiq Ahmad, Muhammad Shahrel Fikri Md Fauzi (Selangor FC), Darren Lok (Petaling Jaya City FC) dan Luqman Hakim Shamsudin (KV Kortrijk).

Kem latihan pusat bermula 22 November di lokasi belum ditetapkan itu menetapkan hanya pemain yang pasukannya tersingkir daripada peringkat kumpulan dan suku akhir Piala Malaysia 2021 akan melaporkan diri terlebih dahulu.

Ia disusuli pemain dari pasukan terkeluar pada saingan separuh akhir Piala Malaysia untuk melaporkan diri pada 28 November manakala pemain yang akan ber-aksi di pentas peringkat akhir pertandingan berprestij pada 30 November melaporkan diri 1 Disember.

“Kalau kita lihat secara keseluruhannya kami rasa kita mempunyai senarai terbaik daripada segi pemain senior kita ada Aidil (Mohamad Aidil Zafuan Abd Radzak), Apek (Khairul Fahmi Che Mat) dan juga Baddrol Bakhtiar. – Bernama