DeAndre Jordan kini sertai Lakers

LOS ANGELES, 10 SEPT – DeAndre Jordan kembali ke Los Angeles, dan kali ini dia akan mengejar kejuaraan dari bilik lokar Staples Center yang mempunyai banyak trofi.

Pemain tengah Clippers itu ditandatangani oleh Lakers kelmarin, mengisi kekosongan 30 slot pemain dalam pasukan juara NBA sebanyak 17 kali itu.

Jordan merupakan pemain veteran NBA yang menghabiskan 10 musim pertamanya beraksi di Staples Center bersama Clippers sebelum berpindah ke Dallas, New York dan Brooklyn tiga tahun kemudian. Dia menerajui liga dalam peratus jaringan sebanyak lima kali dan memenangi kejuaraan semasa bersama Clippers, yang sebelum ini dianggap sebagai pasukan bawahan.

Tetapi Jordan, 33, memahami landskap sukan LA dan dia berjaya meraih beberapa juta peminat baharu selepas perpindahan tersebut.

“Saya rasakan saya dilayan dengan baik dan merasa senang di sini kerana saya berada di Clippers selama 10 tahun,” kata Jordan, yang mempunyai kediaman di Malibu selepas meninggalkan Clippers.

“Akan tetapi ini adalah bandar sukan yang besar, ramai peminat Lakers di luar sana. Malahan ketika saya berada di Clippers, saya sudah memahami semua ini. Saya akan memberikan tumpuan kepada pasukan dan itulah matlamat utama saya. Saya merasa teruja berada di sini. Ini adalah satu peluang yang hebat bagi saya dan sekarang saya mahu merebutnya.”

Jordan menyertai Lakers selepas kariernya tergendala bersama Nets. Selepas secara purata mempamerkan hanya 7.5 mata dan 7.5 rebound untuk pasukan Brooklyn musim lalu dalam 21.9 minit setiap perlawanan, catatan terendah keseluruhan sejak 2013, Jordan ditukar awal bulan ini ke Detroit Pistons. – AP

DeAndre Jordan kembali ke Los Angeles bersama pasukan LA Lakers.- AP