Debaran aksi Argentina jejas Maradona

MOSCOW, 27 Jun – Diego Maradona berkata dia dalam keadaan baik selepas mencetuskan kebimbangan kesihatan susulan kemenangan lewat dramatik Argentina ke atas Nigeria, yang menyaksikan mereka mara ke peringkat 16 terakhir Piala Dunia.

Maradona dilihat bersorak penuh emosi dan mengharungi detik penuh debaran dalam setipa detik aksi kemenangan Argentina ke atas Nigeria awal pagi tadi, sebelum mencetuskan amaran dengan ancaman kesihatan selepas wisel penamat. Lionel Messi mungkin mendominasi aksi di atas padang di Saint Petersburg, tetapi dari kotak VIP di tempat duduk, Maradona menjadi perhatian utama.

Sepanjang kemenangan Argentina 2-1, yang menyelamatkan laluan gergasi Amerika Selatan ke 16 pasukan terakhir, televisyen penyiaran hos kerap memotong untuk menayangkan imej Maradona ketika ketegangan semakin meningkat.

Apabila Messi memberikan pendahuluan awal separuh masa pertama, Maradona menjerit dengan gembira, yang memberikan isyarat di dadanya dan renungan ke atas.

Reaksi Maradona ketika perlawanan berlangsung dalam Kumpulan D di antara Argentina dan Nigeria. – AP

Pemenang Piala Dunia tahun 1986 itu semakin bersemangat ketika perlawanan diteruskan, pada satu peringkat rebah di kerusinya sebelum separuh masa pertama berakhir.

Selepas Nigeria menukar kedudukan menjadi 1-1 menerusi sepakan penalti selepas rehat, jaringan yang sudah pasti menyingkirkan Argentina dari persaingan itu, Maradona semakin terganggu.

Pada minit ke-80, dia duduk dengan tangannya menutupi mukanya, tidak mampu menyaksikan perlawanan ketika setiap saat berdetik menghampiri bencana bagi pasukan Argentina.

Namun Marcos Rojo menyudahkan sepakan voli dengan perlawanan berbaki empat minit, Maradona melonjak dengan emosi. – AFP