Thursday, April 18, 2024
34.4 C
Brunei

    -

    Debaran Piala Dunia Qatar bermula

    AL KHOR, QATAR, 20 NOV – Qatar membuka tirai Piala Dunia yang pertama di Timur Tengah kelmarin dengan pemerintahnya dilihat duduk bersebelahan pemimpin yang merupakan sebahagian daripada boikot negara kaya tenaga itu.

    Tiada pemimpin dari kuasa besar Barat yang hadir pada majlis pembukaan bagi kejohanan di Qatar, yang menghadapi kritikan hebat terutamanya dari Eropah.

    Kehadiran Putera Mahkota Saudi, Mohammed bin Salman dan Presiden Mesir, Abdel Fattah el-Sissi menunjukkan bagaimana Qatar dilayan sejak boikot dikenakan yang menyebabkan sempadan darat dan udara negara disekat bertahun-tahun lamanya berpunca daripada pertikaian politik.

    Juga dilihat bersama para pemimpin tersebut ialah Presiden Turkiye, Recep Tayyip Erdogan, yang menawarkan talian hayat kepada Qatar sepanjang krisis yang melanda.

    Namun, terdapat dua pemimpin yang tidak hadir iaitu Bahrain dan Emiriah Arab Bersatu – justeru menunjukkan penyatuan penuh di negara Teluk Arab itu masih jauh daripada realiti.

    Putera Mohammed dilihat tersenyum dan duduk hanya selang satu kerusi daripada Sheikh Tamim bin Hamad Al Thani, pemerintah emir Qatar, semasa majlis pembukaan di Al Khor, utara ibu kota Doha.

    Duduk antara mereka ialah Gianni Infantino, presiden FIFA.

    Sepak mula antara pasukan tuan rumah dan Ecuador menyaksikan Ecuador mendahului 2-0 dalam masa 31 minit pertama, setakat berita ini ditulis. – AP

    Penari mengadakan persembahan semasa upacara pembukaan menjelang perlawanan Kumpulan A antara Qatar dan Ecuador di Stadium Al-Bayt. – AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Utusan AS ke PBB berikrar sokong keluarga Jepun yang diculik Korea...

    TOKYO, 18 APRIL - Amerika Syarikat (AS) berdiri bersama Jepun sehingga semua warga Jepun yang diculik oleh Korea Utara beberapa dekad lalu pulang ke...