Thursday, April 25, 2024
26.3 C
Brunei

    -

    DeChambeau bakal terlepas PGA akibat cedera

    KETTERING, OHIO, 15 APRIL – Bryson DeChambeau berkata dia menjalani pembedahan di pergelangan tangan kirinya kelmarin kerana tulang patah yang mengganggunya sejak dua bulan lalu dan berkemungkinan akan menghalangnya daripada menyertai Kejohanan PGA.

    DeChambeau berkata dalam akaun Instagram pembedahan di Pusat Perubatan Kettering adalah untuk keretakan pada bahagian hamate, tulang pergelangan tangan.

    Bekas juara Terbuka AS berkata dia tergelincir di atas lantai marmar di Arab Saudi ketika bermain pingpong dan mendarat di pinggul dan tangannya. Dia menarik diri selepas pusingan pertama Saudi Antarabangsa dan tidak kembali beraksi selama tujuh minggu sehingga saingan Match Play.

    Dia bermain tiga pusingan dalam Match Play, gagal meneruskan di Terbuka Texas dan berkata semasa beraksi di Masters bahawa dia 80 peratus pulih. Dia membuat pukulan 80 pada pusingan kedua di Augusta Nasional dan tidak berjaya.

    “Saya membuat percubaan untuk bermain walaupun dengan kecederaan dalam tiga acara baru-baru ini, termasuk Masters tetapi kecederaan ini biasanya memerlukan rawatan secara pembedahan,” kata DeChambeau. Disebabkan ketidakselesaan berterusan akibat tulang patah, ia menyebabkan saya mengubah cara cengkaman dan hayunan, mengakibatkan ketidak-upayaan saya untuk bersaing di peringkat golf tertinggi.

    “Ini tidak mudah dari segi fizikal dan mental bagi saya.”

    DeChambeau berkata dia akan mengambil masa yang sesuai untuk berehat dan pulih, serta berharap dapat bersaing di peringkat tertinggi dalam tempoh dua bulan akan datang.

    Kejohanan PGA bermula dalam lima minggu lagi, iaitu dari 19 hingga 22 Mei, di Southern Hills di Tulsa. Terbuka AS pula akan berlangsung sebulan kemudian di The Country Club di luar Boston. – AP

    Gambar fail 8 April 2022 menunjukkan reaksi Bryson DeChambeau semasa menunggu masa yang tepat untuk melakukan pukulannya pada perlawanan golf Masters. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Hingga 160 paus pilot terdampar di Australia, sekurang-kurangnya 26 maut

    MELBOURNE, 25 APRIL - Sehingga 160 ekor paus pilot bersirip panjang terdampar di pantai barat Australia hari ini dan sekurang-kurangnya 26 maut sebelum pihak...