DeChambeau ungguli Terbuka AS

NEW YORK, 21 SEPT – Bryson DeChambeau merangkul kejuaraan golf pertama kelmarin, membuat pukulan tiga bawah par 67 untuk menjuarai Terbuka AS kali ke-120 di Winged Foot.

Pemain Amerika Syarikat berusia 27 tahun, yang terkenal dengan pendekatan saintifiknya dalam golf, membenam eagle par lima di lubang kesembilan dari jarak 40 kaki dan menamatkan saingan dengan kelebihan enam pukulan ke atas rakan sepasukannya berusia 21 tahun, Matthew Wolff.

DeChambeau menjadi pemain pertama sejak 1955 untuk menjuarai perlawanan dengan mata di bawah par dalam pusingan terakhir, dan pemain ke-4 yang pernah melakukannya, melengkapkan persembahannya yang dominan.

Pemain Afrika Selatan, Louis Oosthuizen, pemenang Terbuka British 2010, berada di kedudukan ke-3 pada 282, satu pukulan di hadapan pemain AS, Harris English selepas kedua-dua mereka melakukan 73 pukulan kelmarin.

Pemain AS, Xander Schauffele, yang masih memburu kejuaraan utama pertama, dengan 74 pukulan dan menduduki tangga ke-5 dengan 284, kali keempat menamatkan di kedudukan enam teratas di empat permulaan Terbuka AS.

Reaksi Bryson DeChambeau meraikan kejuaraan golf pertama selepas di Terbuka AS kali ke-120 di Winged Foot. – AP

Wolff mendahului DeChambeau dengan dua pukulan apabila perlawanan bermula tetapi gagal untuk menjadi pemenang termuda Terbuka AS sejak Bobby Jones pada 1923 dan pemenang kejuaraan termuda sejak Tiger Woods pada Masters 1997.

Pemain ranking ke-9, DeChambeau menang di Detroit pada Julai dan berkongsi kedudukan ke-4 dalam PGA musim lalu, kedudukan terbaiknya dalam kejohanan sehingga Ahad.

Pandemik koronavirus telah menunda kejohanan Terbuka AS sejak Jun dan menyebabkan kepada penggantungan peminat, meskipun sebahagian dari mereka masih memberi sokongan di sebalik kawasan pagar.

DeChambeau yang menghabiskan masa lebih dari sejam mengadakan latihan pukulan pada malam Sabtu selepas kesemua pemain-pemain meninggalkan padang, usaha yang dilakukan DeChambeau telah membuahkan hasil kelmarin. – AFP