Thursday, April 25, 2024
23.8 C
Brunei

    -

    Dedah akhlak Islam terpuji

    Oleh Yusrin Junaidi

    BANDAR SERI BEGAWAN, 25 OGOS – Seramai 20 orang peserta terdiri daripada
    13 lelaki dan tujuh perempuan telah menyertai Program Qalbun Salim anjuran Pusat Dakwah Islamiah (PDI) melalui Bahagian Penyebaran Dakwah untuk memberi kesedaran tentang akidah yang betul.

    Program yang berlangsung dua hari di Dewan Serba guna, Pusat Dakwah Islamiah itu telah diakhiri dengan penyampaian sijil kepada para peserta, kelmarin, yang disempurnakan oleh Pengarah PDI, Haji Abdul Rajid bin Haji Mohd Salleh.

    Para peserta terdiri daripada pelajar sekolah agama Darjah 5 antaranya dari Sekolah Ugama Pusar Ulak, Sekolah Ugama Mabohai, Sekolah Ugama Delima Satu, Sekolah Ugama PAP Mutawakillah Hayatul Bolkiah Serusop dan Sekolah Ugama Pulaie.

    Penganjurannya antara lain juga berobjektif memberikan pendedahan kepada para pelajar mengenai kepentingan akhlak Islam yang terpuji serta menimbulkan kesedaran untuk menghayati dan mengamalkan ibadat dengan sempurna menurut ajaran Islam.

    Program dimulai dengan sesi suai kenal sebelum sembahyang fardu Zuhur dan Asar berjemaah.

    Tajuk-tajuk kursus yang diajarkan sepanjang program termasuk Akidah, Taharah (praktikal wuduk), Akhlak, Dare to Change, Uja Hatiku dan Perisai diri telah disampaikan oleh tenaga pembimbing daripada pegawai dan kakitangan PDI.

    Ia diharap akan dapat memberi manfaat kepada para pelajar dan memberi nilai tambah dalam menghadapi kehidupan sebagai seorang pelajar dan meraih keimanan yang mantap serta dapat mengamalkan ajaran Islam dengan penuh keyakinan dan ketakwaan kepada Allah SWT.

    Tetamu kehormat bergambar ramai bersama para peserta dan pegawai pada program itu. – Gambar serahan KHEU
    Artikel sebelum ini
    Artikel seterusnya
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Presiden Iran rasmi projek hidrokuasa dan pengairan Sri Lanka

    COLOMBO, 24 APRIL — Presiden Iran, Ebrahim Raisi tiba di Sri Lanka hari ini untuk merasmikan projek hidrokuasa dan pengairan yang telah lama tertangguh...