Friday, December 1, 2023
24.9 C
Brunei

    -

    Dedah belia kepada golongan berkeperluan khas

    Oleh Nurdiyanah R.

    BANDAR SERI BEGAWAN, 1 OGOS – Sebagai usaha mendedahkan belia supaya mengetahui lebih lanjut mengenai golongan keperluan khas, Global Shapers Community Bandar Seri Begawan (GSC BSB) telah mengendalikan forum bertajuk Unheard Voices dengan penglibatan lebih 50 orang peserta menerusi platform maya, baru-baru ini.

    Forum yang merupakan projek kendalikan salah seorang ahli GSC BSB, Jia Cheng How itu bertujuan untuk meningkatkan kesedaran orang ramai tentang peluang yang mungkin mereka berikan kepada golongan berkeperluan khas.

    Sesi pagi forum berkenaan membawa tema pendidikan yang dipimpin oleh Naib Kurator GSC BSB, Dayang Nadia Aji bersama tiga orang panel jemputan terdiri daripada Hajah Hirwaniza dari Learning Ladders dan Jerudong Park Medical Centre (JPMC), Dayang Rafizah binti Abdul Rahman dari Sekolah DES, dan Pengiran Salimatul Sa’ada dari Jabatan Pendidikan Khas, Kementerian Pendidikan, yang secara umumnya mempunyai pengalaman luas dalam SENA dan pendidikan untuk mereka yang memerlukan pendidikan berkeperluan khas.

    Manakala itu, sesi petang pula dipimpin oleh Dayang Fatin Arifin selaku ahli alumni GSC BSB dengan penyertaan tiga orang ahli panel yang mempunyai pengalaman luas dalam bidang kebolehkerjaan bagi golongan berkeperluan khas, yang terdiri daripada Simon Tiong daripada Lavida, Francisca Lee dari Learning Ladders dan Dayang Melline binti Haji Jaini dari An Nur Harapan.

    GSC BSB juga akan mengadakan satu lagi projek di bawah tema yang sama, iaitu video media sosial yang akan diarahkan sendiri oleh Jia Cheng How. Video berkenaan juga akan
    dimuat naik pada halaman rasmi Instagram GSC BSB, @gscbsb.

    Antara ahli panel dalam salah satu sesi forum berkenaan. – Gambar serahan GSC BSB
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Anda

    Reaktor gabungan nuklear eksperimen Jepun dirasmikan

    TOKYO, 1 DIS - Reaktor gabungan nuklear eksperimen terbesar di dunia yang sedang beroperasi dirasmikan di Jepun hari ini, sebuah teknologi pada peringkat awal...