Dedah kanak-kanak praktik Al-Quran dan sunnah Nabi

Knowledg3 Learning Centre merupakan sebuah pusat pembelajaran Al-Quran yang menggunakan sistem dan teknik pengajaran sendiri yang innovatif dan efektif. Kids Sunnah Camp adalah aktiviti yang diadakan semasa cuti sekolah, baru-baru ini. Matlamat utama Kids Sunnah Camp adalah untuk mendedahkan kanak-kanak kepada amalan sunnah Nabi Muhammad SAW secara teori dan praktikal dan menerapkannya dalam kehidupan seharian dengan menggunakan kaedah aktiviti-aktiviti yang menarik untuk proses pembelajaran yang mudah dan menyeronokkan. – Gambar serahan Knowledg3 Learning Centre