Wednesday, April 23, 2025
24.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    Dedah pelajar tingkat langkah cegah kebakaran

    Oleh Normazlina M.D

     

    TUTONG, 17 Mac – Satu taklimat keselamatan pencegahan kebakaran dan demonstrasi cara-cara penggunaan alat-alat pemadam api serta latihan perhimpunan, mengosongkan bangunan telah diadakan di Sekolah Rendah Bukit Panggal, Daerah Tutong Kluster 5, kelmarin.

    Seramai 16 orang guru dan kakitangan berserta 90 orang murid menghadiri taklimat dan latihan tersebut yang dikendalikan oleh Cawangan Operasi ‘E’ Balai Bomba Daerah Tutong.

    Hadir sama ialah Pegawai Pendidikan Tingkat Khas Guru Besar, Sekolah Rendah Bukit Panggal Tutong Kluster 5, Dayang Norrafah binti Haji Jait dan Stesen Komander Balai Bomba Tutong, Pegawai Balai Hamdani bin Sidek serta Pegawai Penyiasatan Pencegah Kebakaran, Pegawai Balai Hajah Siti Alam binti Haji Ali.

    Taklimat telah disampaikan oleh Ketua Pegawai Perhubungan Awam, Cawangan Operasi ‘E’, Balai Bomba Daerah Tutong, Pegawai Balai Nur Halimatul Halimah binti Abdullah Chin.

    Sementara itu, demonstrasi penggunaan alat-alat pemadam api telah disampaikan oleh Pegawai Penyiasatan dan Pencegah Kebakaran Cawangan Operasi ‘E’ Balai Bomba Daerah Tutong, Timbalan Pegawai Balai Bahrin bin Haji Mohammad Noor.

    Sesi bergambar ramai rombongan bersama pada anggota bomba.
    Sesi bergambar ramai rombongan bersama pada anggota bomba.

    Antara tujuan taklimat dan demonstrasi cara-cara penggunaan alat pemadam api serta latihan mengosongkan bangunan berkenaan adalah untuk memberi kefahaman dan pengetahuan bagi meningkatkan tahap kesedaran pihak sekolah akan bahayanya kebakaran, langkah-langkah pencegahan serta tindakan yang perlu diambil sekiranya berhadapan dengan situasi kebakaran tidak kira di mana ianya berlaku.

    Guru-guru dan kakitangan serta murid-murid sekolah berkenaan juga diberikan kesempatan untuk mengendalikan sendiri alat-alat pemadam api dan perkara yang berkaitan dengan kejadian kebakaran.

    Di samping itu, guru dan murid-murid juga tidak melepaskan peluang untuk menaiki jentera bomba yang selama ini hanya dipandang dari jauh sahaja.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda