Oleh Yusrin Junaidi
BANDAR SERI BEGAWAN, 15 Sept – Rombongan peserta Bengkel Pengukuhan Program Pemulihan Jabatan Penjara dan agensi-agensi pemulihan di negara ini hari ini mengadakan lawatan ke Penjara Limbang, Sarawak.
Lawatan rombongan terdiri daripada 28 orang itu merupakan salah satu program dalam bengkel yang bertujuan mendedahkan peserta dengan program pemulihan penjara, selain berkongsi pengalaman dalam pelaksanaan program pemulihan serta mengeratkan hubungan muhibah antara kedua-dua jabatan.
Rombongan diketuai oleh Penolong Penguasa Penjara Haji Saini bin Haji Maidin dialu-alukan oleh Penguasa Penjara Limbang, Tze Khee Soon, kemudian mendengar taklimat dan sesi perkongsian, melawat blok program pembelajaran dan blok bengkel perusahaan.
