Friday, April 19, 2024
25.5 C
Brunei

    -

    Dedah punca nafas berbau kepada orang ramai

    Oleh Syahmi Hassan

    BANDAR SERI BEGAWAN, 14 SEPT – Nafas berbau (halitosis) adalah sebab ketiga paling biasa untuk dirujuk ke klinik pergigian, berikutan karies gigi dan penyakit periodontal.

    Sehubungan itu, Kempen Kesedaran Nafas Berbau telah dikendalikan oleh sekumpulan lima orang pelajar pergigian dari Universiti Brunei Darussalam (UBD), di bawah seliaan Dr Jagjit Singh Dhaliwal, Dr Joe Knights dan Dr Haji Amirul Rizan bin Haji Mohammed.

    Projek tersebut bertujuan untuk mendidik orang ramai tentang nafas berbau dan mengurangkan stigma yang menyelubungi subjek tersebut.

    Sebagai sebahagian daripada kempen kesedaran itu, pasukan tersebut telah menyertai Majlis Sambutan Hari Pertolongan Cemas Sedunia yang dianjurkan oleh Bank Islam Brunei Darussalam (BIBD) dan Persatuan Bulan Sabit Merah Brunei Darussalam (PBSM), baru-baru ini di BIBD Connects Taman Mahkota Jubli Emas, ibu negara.

    Orang ramai yang hadir telah diberikan taklimat tentang punca, kesan dan pengurusan nafas berbau.

    Memandangkan orang muda dewasa berada pada satu tempoh masa dalam kehidupan mereka di mana mereka beralih ke alam dewasa, mereka akan lebih mementingkan penampilan mereka.

    Justeru, salah satu matlamat projek tersebut adalah untuk meningkatkan kesedaran tentang bau mulut dalam kalangan pelajar pra-universiti dan universiti.

    Lawatan dan pameran turut diadakan di Maktab Sains Paduka Seri Begawan Sultan, Maktab Duli Pengiran Muda Al-Muhtadee Billah, Pusat Tingkatan Enam Tutong, Pusat Tingkatan Enam Belait dan Institut Sains Kesihatan Pengiran Anak Puteri Rashidah Sa’adatul Bolkiah, UBD.

    Kempen itu turut dijalankan menerusi segmen radio, Bandarku Ceria dan platform media sosial.

    Pasukan Kempen Kesedaran Nafas Berbau memberikan cenderahati kepada Menteri Kesihatan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr Haji Mohammad Isham bin Haji Jaafar semasa Majlis Sambutan Hari Pertolongan Cemas Sedunia.
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Mahkamah batalkan sabitan bekas Presiden Maldives Abdulla Yameen

    NEW DELHI, 19 APRIL - Mahkamah di Maldives membatalkan sabitan bekas Presiden Abdulla Yameen atas tuduhan rasuah, kelmarin. Panel tiga hakim Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa...