Thursday, December 8, 2022
29.3 C
Brunei

-

Dedah teori, praktikal kebakaran

Oleh Sim Y. H.

BANDAR SERI BEGAWAN, 15 NOV – Seramai 31 peserta yang terdiri daripada pegawai dan kakitangan Perbadanan Tabung Amanah Islam Brunei, Soartech Systems Sdn Bhd dan Radza Daycare telah menyertai Kursus Marsyal Bomba selama tiga hari yang bermula 7 November lalu.

Ia dikendalikan oleh Bahagian Perhubungan Awam Cawangan Ibu Pejabat, Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBP).

Kursus itu dilaksanakan dengan matlamat untuk sama-sama menjaga keselamatan, menitikberatkan pencegahan kebakaran serta sentiasa bersiap siaga dalam menghadapi kebakaran bangunan dan mengetahui akan tindakan di peringkat awal sebelum bantuan pihak bomba hadir.

Sepanjang kursus dijalankan di Bangunan Teknikal Ibu Pejabat JBP, Jalan Landasan Lama Berakas, para peserta diberikan pendedahan secara teori dan praktikal mengenai sebab dan punca berlakunya kebakaran serta mengetahui tindakan apabila menghadapi insiden kebakaran di tempat kerja dengan membuat latihan pengosongan bangunan secara bersistematik.

Pada masa yang sama, para peserta juga diajar tatacara untuk menyelamatkan diri dari terperangkap di dalam bangunan semasa berlakunya kebakaran, tatacara yang betul menggunakan alat pemadam api serta mengadakan lawatan ke Balai Unit Operasi Wanita bagi mengenali perkakas dan peralatan bomba.

JBP menyatakan jabatan berkenaan ada menyediakan program-program seperti Kursus Life Saver 995, Kursus Marsyal Bomba dan taklimat keselamatan kebakaran bagi meningkatkan pengetahuan mengenai aspek-aspek keselamatan semasa menangani kecemasan serta mengetahui tatacara yang betul bagi penggunaan alat pemadam api.

Para peserta kursus dan pegawai serta anggota bomba dan penyelamat bergambar ramai. – Gambar serahan JBP

- Advertisment -

Disyorkan Untuk Anda

China umum pelonggaran sekatan seluruh negara

BEIJING, 7 DIS – China hari ini mengumumkan langkah pelonggaran sekatan COVID di seluruh negara yang menjejaskan negara ekonomi kedua terbesar dunia dan mencetuskan...
- Advertisment -