Dedahkan program akademik pelajar
Oleh Sim Y. H. BANDAR SERI BEGAWAN, 30 SEPT – Dengan hasrat untuk mendedahkan mengenai program-program akademik serta aktiviti para pelajar, Fakulti Bahasa Arab, Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA) telah mengadakan Hari Terbuka Fakulti Bahasa Arab, baru-baru ini. Hadir selaku tetamu kehormat pada majlis berkenaan ialah Rektor UNISSA, Dr Haji Norarfan bin Haji Zainal.


































