Friday, April 19, 2024
30.4 C
Brunei

    -

    Deepika dituduh menipu alami kemurungan

    Deepika Padukone adalah antara aktres nama besar yang berani mendedahkan tentang penyakit kemurungan yang dihadapinya.

    Ekoran daripada pendedahannya yang dibuatnya itu, ramai yang terkejut. Tapi, dia juga dipuji kerana berani untuk mengutarakan isu tentang masalah kesihatan mental yang dianggap masih tabu di India.

    Kini, Deepika meluahkan perasaan pula apabila dituduh sengaja menipu bahawa dia mengalami kemurungan.

    Dalam satu temubual menerusi podcast Archetypes yang dikendalikan sendiri Duchess of Sussex, Meghan Markle iaitu isteri kepada Putera Harry, dia ditanya mengenai isu kesihatan mental.

    Deepika sekali lagi menceritakan pengalamannya mengalami kemurungan dan bagaimana dia menanganinya. Katanya, jika tidak kerana ibunya yang dapat mengesan masalah kesihatan mental yang dihadapinya itu, dia tidak mungkin akan berada di sini pada hari ini.

    Isteri kepada aktor Ranveer Singh ini juga mengakui bahawa dia kini berada dalam keadaan gembira dan telah mengatasi kemurungan semua serta berterima kasih kepada ibunya.

    Namun, Deepika memberitahu bahawa sebelum ini, ramai yang berfikir dia mengakui mengalami kemurungan kerana mahu mempromosikan filemnya. Bahkan, ada yang menganggap bahawa dia telah dibayar oleh pihak syarikat farmasi untuk bercakap tentang kemurungan.

    Aktres yang membintang filem Pathaan ini menambah, “Ada ditulis di dalam sebuah artikel. Mereka fikir saya dibayar oleh syarikat farmasi serta mahu mempromosikan sejenis ubat”. – Agensi

    Deepika meluahkan perasaan apabila dituduh sengaja menipu bahawa dia mengalami kemurungan. – Agensi
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Mahkamah batalkan sabitan bekas Presiden Maldives Abdulla Yameen

    NEW DELHI, 19 APRIL - Mahkamah di Maldives membatalkan sabitan bekas Presiden Abdulla Yameen atas tuduhan rasuah, kelmarin. Panel tiga hakim Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa...