Defender baharu dilancarkan

Oleh Syahmi Hassan

BANDAR SERI BEGAWAN, 9 OGOS – Land Rover telah meraikan pelancaran Defender terbaharunya di 12 buah negara di Asia termasuk Brunei, Singapura, Indonesia, Filipina, Vietnam, Kemboja, Laos, Myanmar, Sri Lanka, Thailand dan Mongolia dengan penyiaran dalam talian istimewa, kelmarin.

Defender baharu adalah kenderaan paling sukar pernah dihasilkan, mengembangkan struktur aluminium sepenuhnya dengan reka bentuk paling kuat menjadikannya selamat, lasak, ringan, efisien pakej, aerodinamik, berkebolehan, menarik dan seronok untuk dipandu.

Berbanding dengan ujian kenderaan lain, Defender diuji untuk menahan serangan kerb 200mm pada 40kmsj berbanding dengan standard 150mm. Pelepasan tanah maksimumnya adalah pada 291mm sementara sudut pelepasan maksimum adalah 40 darjah.

Selain itu, Defender merupakan ciptaan semula asas jenamanya. Dengan kemampuan menunda seberat 3,500kg, pemuatan (load) atap dinamik hingga 168kg dan pemuatan atap statik 300kg, Land Rover Defender baharu adalah kenderaan yang mampu melakukan perkara yang hebat di atas dan luar jalan raya, sejajar dengan nama ikoniknya ‘The Land Rover’.

Sepanjang evolusi, Land Rover Defender sentiasa mengekalkan garis ikoniknya, dan kekal menjadi salah sebuah kenderaan pacuan empat roda terkenal di dunia. Berdaya tahan dan berkebolehan, ia adalah legenda di tujuh benua bagi ekspedisi yang mencabar.

Antara ciri-ciri lain yang terdapat pada Land Rover Defender ialah kamera keliling 3D termasuk pandangan sudut bawah yang jelas, 360 darjah Parking Aid, Wade Sensing, cermin pandang belakang yang jelas dan paparan Head-up. Land Rover Defender dikuasakan oleh enjin petrol 3.0 dengan enam turbocharge sebaris.

Dengan aksesori dan pilihan yang banyak, pelanggan boleh menempah Defender mengikut cita rasa mereka.
Bersempena dengan pengenalan Defender terbaharu itu, Indera Motors Sdn Bhd mengadakan acara hari terbuka selama dua hari hingga hari ini bertempat di bilik pameran baharu mereka di Beribi, untuk membolehkan orang ramai menguji pandu dan melihat lebih dekat kenderaan tersebut.

Land Rover Defender kekal menjadi salah sebuah kenderaan pacuan empat roda terkenal di dunia.