Defender serba baharu lebih lasak dan ikonik

SINGAPURA, 5 OGOS – Land Rover Defender baharu bakal diperkenalkan di seluruh Asia pada 7 Ogos ini.

Untuk meraikan acara tersebut, Land Rover akan menyiarkan program khas dalam talian selama 30 minit untuk memberikan penonton maklumat terperinci mengenai kenderaan yang mempunyai kekuatan hebat untuk menjadikannya satu pengalaman unik.

Menurut satu kenyataan yang diterima, Land Rover Defender baharu adalah sebuah kenderaan yang direka dan dicipta semula untuk abad ke-21.

Sebuah kenderaan pintar, lasak dan ikonik untuk era moden, ia adalah selamat dan sesuai untuk seisi keluarga.

Pengarah Urusan Asia Pasifik Land Rover, Robin Colgan berkata, “Wujudnya ikatan perasaan yang kukuh terhadap Defender.

“Ia adalah satu-satunya kenderaan yang mampu bertahan dalam keadaan lasak di rantau, yang menjadikannya satu saranan istimewa untuk penggemar kereta.

“Kami anggap Defender sebagai sebahagian daripada warisan kami, tetapi ia juga sebuah kenderaan yang harus dimiliki oleh komuniti di seluruh dunia.”