Wednesday, April 17, 2024
24.7 C
Brunei

    -

    Definisi kontak terdekat dikemas kini

    Oleh Syahmi Hassan

    BANDAR SERI BEGAWAN, 16 FEB – Kementerian Kesihatan mengemaskinikan definisi kontak terdekat atau primary contact, dijelaskan oleh Menteri Kesihatan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr Haji Mohd Isham bin Haji Jaafar pada sidang media COVID-19 di Dewan Al-‘Afiah, Kementerian Kesihatan hari ini.

    Menurutnya, kontak terdekat merupakan orang yang tinggal serumah dengan kes positif; rakan sekerja yang bertugas di dalam bilik atau ruang yang atau duduk bersebelahan dengannya.

    Kontak terdekat juga adalah orang yang pernah berinteraksi secara bersemuka dalam masa lebih dari 30 minit dan pada jarak kurang dari satu meter di kawasan tertutup atau di dalam bangunan, berada dalam kenderaan sama dan duduk pada jarak yang dekat (tidak melebihi dari dua tempat duduk) dengan kes positif selama lebih daripada 15 minit, tambahnya.

    Beliau turut mengongsikan perkhidmatan swab bagi ujian RT-PCR kini boleh dilakukan di Jerudong Park Medical Centre (JPMC) bermula Khamis, 17 Februari dan Panaga Health Centre bermula Jumaat, 18 Februari, yang dikenakan caj bersesuaian.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Iran tutup sementara kemudahan nuklear

    TEHRAN, 16 APRIL – Iran menutup sementara kemudahan nuklearnya atas ‘pertimbangan keselamatan’ susulan serangan peluru berpandu dan dron besar-besarannya ke atas Israel pada hujung...