Defisit belanjawan AS cecah AS$3 trilion

WASHINGTON, 13 SEPT – Defisit belanjawan Amerika Syarikat (AS) mencecah tahap tinggi AS$3 trilion untuk 11 bulan pertama tahun belanjawan ini, kata Jabatan Perbendaharaan.

Keadaan debit itu adalah hasil perbelanjaan besar-besaran oleh kerajaan dalam usaha melindungi impak kemelesetan yang dicetuskan oleh koronavirus yang telah mengorbankan jutaan pekerjaan.

Defisit dari Oktober hingga Ogos meningkat lebih dua kali ganda ber-banding 11 bulan sebelumnya sebanyak AS$1.37 trilion yang dicatat pada 2009. Pada masa itu, kerajaan membelanja sejumlah besar wang untuk berpulih daripada Kemelesetan Besar yang dicetuskan oleh krisis kewangan 2008.

Dengan satu bulan tinggal dalam tahun belanjawan 2020, yang berakhir pada 30 September, defisit mungkin mencecah angka lebih tinggi. Pejabat Belanjawan Kongres meramalkan defisit pada tahun ini mencecah AS$3.3 trilion.

Sementara kerajaan ada kalanya mencatat lebihan pada September, Nancy Vanden Houten, ahli ekonomi di Oxford, meramalkan defisit September akan mencecah AS$200 bilion, memberikan negara defisit AS$3.2 trilion untuk tahun belanjawan ini.

Ia adalah melebihi ketidakseimbangan berjumlah AS$984 bilion yang dicatat tahun lalu. Defisit sebelumnya untuk tahun fiskal adalah AS$1.4 trilion pada 2009 berikutan krisis kewangan.

Kongres telah meluluskan beberapa siri rang undang-undang bantuan berjumlah hampir AS$3 trilion yang memberikan sokongan seperti rangsangan AS$600 seminggu dalam faedah pengangguran, AS$1,200 dalam bayaran kepada individu dan bantuan untuk perniagaan kecil yang cuba mengekalkan pekerja mereka.

Defisit untuk Ogos berjumlah AS$200 bilion, menyamai defisit pada Ogos 2019 dan memberikan gambaran di mana program bantuan dijangka luput tempohnya, pemerolehan dalam perbelanjaan kerajaan bulanan akan menjadi perlahan. – AP

Gambar fail menunjukkan seorang lelaki menunggu untuk menyeberangi jalan di K Street di Washington. Defisit belanjawan AS mencecah AS$3 trilion untuk 11 bulan pertama tahun ini, kata Jabatan Perbendaharaan. – AP