BURTON-ON-TRENT, 21 Mac – Penyerang veteran, Jermain Defoe (gambar) menyasarkan tempat ‘impian’ dalam skuad Piala Dunia 2018 bersama England selepas kembali ke skuad kebangsaan hampir ketiadaan selama empat tahun, katanya.
Pemain Sunderland berusia 34 tahun itu, dipanggil semula oleh pengurus Gareth Southgate bagi perlawanan persahabatan menentang Jerman di Dortmund dan Piala Dunia kelayakan hujung minggu ini menentang Lithuania.
Ditanya adakah dia sudah memikirkan mengenai Piala Dunia di Rusia, Defoe menjawab: “Setentunya, saya tahu bagaimana pentingnya untuk bermain untuk negara.”
Defoe merupakan antara pemain dalam skuad England yang menyertai Piala Dunia 2010 dan Euro 2012, berkata pengalaman itu telah menimbulkan semula dahaganya bagi kejohanan bola sepak utama.
“Hanya dengan pergi ke kejohanan utama, belayar, tinggal di hotel dan bermain bola sepak, ia adalah sesuatu yang anda selalu mahu lakukan sejak kecil, membesar menyaksikan pemain-pemain hebat selama ini,” katanya.
“Saya telah dirahmati kerana berpeluang menyertai dua kejohanan utama sebelum ini. Jadi jika saya mempunyai peluang lagi untuk pergi menyertai kejohanan utama, ia adalah satu impian.”
Defoe telah menjaringkan 14 gol dalam Liga Perdana musim ini, lebih daripada penyerang England yang lain selain daripada penyerang Tottenham Hotspur, Harry Kane, yang mengalami kecederaan. – AFP