Saturday, October 1, 2022
34.4 C
Brunei

Dekati masyarakat melalui Program Muzakarah Penerangan

-

Oleh Ak Zaki Kasharan

BANDAR SERI BEGAWAN, 8 SEPT – Selaras dengan fungsi dan tanggungjawabnya sebagai lidah, mata dan telinga kerajaan, Jabatan Penerangan melalui Unit Kemasyarakatan, Seksyen Komunikasi Strategik, Bahagian Penerbitan dan Komunikasi Strategik telah mengadakan Program Muzakarah Penerangan bersama penduduk Mukim Lumapas yang berlangsung di Dewan Sekolah Menengah Sayyidina Umar Al-Khattab, hari ini.

Program Muzakarah Penerangan bagi Mukim Lumapas pada pagi tadi dipengerusikan oleh Pemangku Pengarah Penerangan, Dayang Siti Bismi Nuruliman binti Haji Awang Emzah.

Sebelum muzakarah dimulakan, bacaan Surah Al-Fatihah dan Doa Selamat dibacakan oleh Imam Masjid Kampung Lumapas, Haji Ahmad bin Haji Mohd Hassan dan diteruskan dengan mukadimah daripada pengerusi majlis, Dayang Siti Bismi Nuruliman.

“Sepertimana jua nama yang diberikan, Program Muzakarah Penerangan merupakan satu program di mana pihak kerajaan yang diwakili oleh agensi-agensi yang dikenal pasti bersama para pemimpin, masyarakat dan penduduk kampung dapat berdialog dalam suasana permuzakarahan untuk sama-sama menyampaikan perkara-perkara yang dihadapi oleh penduduk mukim dan kampung dan seterusnya memberikan pencerahan ke atas perkara-perkara yang dibangkitkan di samping berkongsi maklumat di atas inisiatif-inisiatif yang telah, sedang dan akan diungkayahkan oleh pihak kerajaan.

“Program permuzakarahan yang diungkayahkan ini bukanlah satu program yang baharu dalam  usaha jabatan untuk mendekati masyarakat. Dulunya program ini dikenali sebagai Majlis Muhibah Penerangan. 

“Di atas sokongan yang diberikan oleh pihak penghulu mukim dan ketua kampung serta agensi-agensi kerajaan, Jabatan Penerangan insya-Allah akan terus melaksanakan program ini sebagai salah satu aktiviti tahunan jabatan untuk diadakan di mukim-mukim di seluruh negara di keempat-empat daerah,” jelas Dayang Siti Bismi Nuruliman.

Ahli-ahli panel muzakarah berkenaan terdiri daripada ketua-ketua jabatan, pegawai-pegawai kanan dari jabatan-jabatan kerajaan.

Antara yang hadir pada sesi muzakarah yang berlangsung di Dewan Sekolah Menengah Sayyidina Umar Al-Khattab, kelmarin.
- Advertisment -

Disyorkan Untuk Anda

19 terbunuh, 28 cedera dalam kejadian letupan bom

ISLAMABAD, 30 SEPT – Sekurang-kurangnya 19 orang terbunuh dan 28 lagi cedera dalam satu kejadian pengeboman nekad di sebuah pusat pendidikan di ibu negara Afghanistan,...
- Advertisment -