Friday, October 11, 2024
24.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Dekatkan diri dengan amalan membaca Al-Quran

    Oleh Siti Nur Wasimah S.

     

    BANDAR SERI BEGAWAN, 12 Jun – Sempena bulan Ramadan yang penuh keberkatan ini, Badan Kebajikan Isteri-isteri Pegawai dan Pegawai Wanita Kerajaan Brunei (BISTARI) telah mengadakan Majlis Khatam Al-Quran bagi Majlis Wanita Negara Brunei Darussalam dan Persatuan BISTARI yang berlangsung di Hotel Antarabangsa Rizqun, Gadong, hari ini.

    Hadir selaku tetamu kehormat pada majlis tersebut ialah Yang Di-Pertua BISTARI, Datin Hajah Asmah binti Haji Abdul Rahman, yang kemudiannya memimpin bacaan Surah Al-Fatihah dan diikuti dengan bertadarus dan Tahlil serta diakhiri dengan Doa Selamat.

    Majlis tersebut disertai kira-kira 120 orang ahli Persatuan MWNBD.

    Yang Di-Pertua BISTARI semasa menyampaikan sumbangan pada majlis tersebut.
    Yang Di-Pertua BISTARI semasa menyampaikan sumbangan pada majlis tersebut.
    Datin Hajah Asmah semasa hadir di majlis itu.
    Datin Hajah Asmah semasa hadir di majlis itu.
    Antara yang hadir ketika membaca Tahlil pada majlis tersebut.
    Antara yang hadir ketika membaca Tahlil pada majlis tersebut.

    Majlis khatam ini juga diisikan dengan penyampaian sumbangan kepada penuntut Riayah Wa Mabhah daripada Maktab Duli Pengiran Muda Al-Muhtadee Billah, Persatuan AIDS Negara Brunei Darussalam dan juga Persatuan MWNBD.

    Majlis yang merupakan acara tahunan persatuan tersebut bertujuan untuk mendekatkan diri dengan Al-Quran dan memupuk rasa cinta terhadap Al-Quran di dalam kehidupan seharian, di samping dapat mengeratkan lagi hubungan silaturahim.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda